Tuesday, 23 August 2011
Syawal 1432H
Tirai Ramadhan kian berlabuh dan Syawal mula menampakkan sinarnya.
Ampun dan maaf dipinta andai ada khilaf yang tidak disedari.
Pesan dari kami, berhati-hati di jalanraya.
Moga anda selamat sampai ke destinasi dituju.
JP TERUS MAJU!
Monday, 1 August 2011
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!
Bertemu kita sekali lagi di bulan Ramadhan. Tingkatkan ibadah selagi daya. Ada satu malam di dalamnya yang lebih baik dari 1,000 bulan. Pahala amalan juga digandakan daripada hari biasa. Gunakanlah peluang yang ada kerana ditakuti ini adalah Ramadhan terakhir kita.
Wallahu'alam.
JP TERUS MAJU!
Friday, 22 July 2011
Selamat Datang Ke Blog Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, pada tanggal 22 Julai 2011, kami yang terdiri daripada pasukan Multimedia dan Buletin JP telah berjaya menghasilkan sebuah blog bagi Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai. Pembangunan blog ini merupakan suatu transformasi dalam penyampaian informasi yang lebih meluas dan berkesan serta sebagai medium yang menghubungkan warga JP dengan komuniti luar.
Diharap usaha ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Sumbangan idea dan informasi daripada pembaca sekalian amat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke jppsps.isharing@gmail.com.
Terima kasih!!!
JP TERUS MAJU!
Subscribe to:
Comments (Atom)



